LA ILAAHA ILLAAHU seharusnya menjadi words of our motivation!...


Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan
rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan:
Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala menerima
pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan
pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang
dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah
(MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu
adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas
tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas
keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi;
kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya,
hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal
dan haram, kemudian hukum hudud dan ta'zir, serta peraturan-peraturan mengenai
muamalah, perundangan dan arahan-arahan keIslaman semuanya itu adalah tegak
di atas dasar pengabdian diri kepada Allah SWT. Begitu juga sumber-sumber itu
semuanya adalah ajaran-ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah
SAW daripada Tuhannya.
Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya
kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan
hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan peryelmaan kaedah-kaedah ini
tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.
Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA
ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADUR
RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi
tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak
akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga
kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan
sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini
atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau
pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.
Firman Allah:

إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِّلهِ َأمَرَ َألاَّ تَعْبُدُوْا إِلاَّ إِيَّاهُ َذلِكَ الدِّينُ الَْقيِّمُ
Maksudnya: Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah
sahaja. Ia perintah supaya kamu jangan sembah dan mengabdikan diri melainkan
Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus.
(Yusoff: 40)

Firman Allah:
مَّنْ يُطِعِ الرَّسُو َ ل َفَقدْ َأطَاعَ الّلهَ
Maksudnya: “Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia
telah taat dan patuhkan Allah. “
(An-Nisaa: 80)

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita
untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai
hakikat agama ini dan mengenai gerakannya di dalam kenyataan.
Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah
mengenai:
Pertama : Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.
Kedua : Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam.
Ketiga : Program Islam dalam menghadapi masyarakat-masyarakat
jahiliyah.
Keempat : Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat
manusia seluruhnya.
yang semuanya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan
Islam, dulu dan sekarang
Sesungguhnya ciri pertama yang menentukan bentuk dan tabiat “Masyarakat
Islam” itu ialah bahawasanya masyarakat itu berdiri dan tegak di atas asas
mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam semua urusannya. Mengabdikan diri
yang dijelma dan dibentuk oleh pengakuan dan ikrar bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa Muhamad itu ialah utusan Allah (LAA ILAAHA
ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULUL LAH).

Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk kepercayaan seperti
juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan, seperti mana juga
ianya menjelma d dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. Sebab bukanlah
menjadi hamba Allah SWT seorang yang tidak meyakini keesaan dan ketunggalan

Allah SWT. Firman Allah:
وَقَا َ ل اللّهُ َ لا تَتَّخِ ُ ذوْا إَِ لهيْنِ اثْنَيْنِ إِنَّمَا هُوَ إِلهٌ وَاحِدٌ َفإيَّايَ َفارْهَبُونِ ( 51 ) وََلهُ مَا فِي
( الْسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وََلهُ الدِّينُ وَاصِبًا َأَفغَيْرَ الّلهِ تَتَُّقو َ ن ( 52
Maksudnya: “Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana
sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepadaKulah hendaknya kamu ta.kut. Dan
bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dergan
tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti?”
(An Nahl: 51-52)
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang mempersembahkan atau pun
melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, sama
ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersamasama
dengan Allah.

Firman Allah SWT:
ُق ْ ل إِنَّ صَ َ لاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ( 162 ) َ لا شَرِيكَ َلهُ وَبِ َ ذلِكَ
( أُمِرْتُ وََأنَاْ َأوَّ ُ ل الْمُسْلِمِينَ ( 163
Maksudnya: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan
matiku adalah kerana Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya,
dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama.”
(Al-An’am: 162-163)
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang menerima peraturan dan
undang-undang dari yang lain daripada Allah SWT. Melainkan melalui jalan yang
Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW.

Firman Allah :
َأمْ َلهُمْ شُرَ َ كاء شَرَعُوا َلهُم مِّنَ الدِّينِ مَا َلمْ يَْأَذن بِهِ اللَّهُ
Maksudnya : “Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk
mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tak izinkan.” (as-Syura : 21)

dan firman Allah SWT lagi :
وَمَا آتَا ُ كمُ الرَّسُو ُ ل فَخُذُوهُ وَمَا نَهَا ُ كمْ عَنْهُ َفانتَهُوا
Maksudnya : “Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah,
dan apa-apa yang ia larang kami, maka jauhilah.”
(al-Hasyr : 7)

Inilah dia masyarakat Islam, masyarakat yang menjelma di dalamnya
pengabdian diri kepada Allah SWT di dalam kepercayaan anggota-anggotanya dan
juga di dalam konsep dan gambaran fikiran mereka, seperti juga ia menjelma di
dalam lambang-lambang hidup dan peribadatan mereka dan malah ia menjelma di
dalam sistem dan peraturan kemasyarakatan mereka, dan peraturan serta undangundang
mereka. Bila mana sahaja sesuatu faktor dari faktor-faktor yang disebutkan
di atas tadi menyimpang dan tidak menjelma di alam kenyataan, maka dengan itu
bererti bahawa Islam itu sendri pun sudah menyimpang dan tidak menjelma lagi,
kerana menyimpang dan tidak menjelmanya rukun Islam yang Pertama, iaitu
pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu
adalah utusan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH).
Dan telah pun kita katakan: bahawa pengabdian diri kepada Allah itu
menjelma di dalam konsep dan gambaran kepercayaan, maka eloklah kita
perkatakan apakah dia konsep dan gambaran kepercayaan cara Islam itu iaitu
gambaran yang terjadi di dalam pemikiran manusia sebagai hasil dari
penerimaannya akan akidah itu dari sumbernya yang sejati, iaitu sumber ILAHI;
dan yang dengannya manusia itu dapat mengerti dan memahami apakah dia
hakikat Tuhannya, dan hakikat alam yang dia hidup di dalamnya, baik yang
nampak dilihat atau pun yang tak nampak dan hakikat dirinya dan hakikat zat
manusia itu sendiri, yang ia rasakan itu, baik yang nampak atau yang tak nampak;
dan di samping segala sesuatu ialah hakikat dirinya sendiri, iaitu hakikat manusia
itu sendiri, kemudian ia sesuaikan semuanya di atas itu dengan perhubungannya
dengan hakikat ini; perhubungannya dengan Tuhannya yang menjelmakan
pengabdian dirinya kepada Allah SWT dan perhubungannya dengan alam semesta
dan peraturan seluruh benda yang hidup di dunia ini, serta setiap peribadi umat
manusia, perhubungan yang mengambil sumber (atau yang bersumber) dari agama
Allah, seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Dengan demikian dia
melaksanakan pengabdian diri kepada Allah SWT dalam bentuk yang meliputi
seluruh sendi kehidupannya.
Maka kalaulah telah menjadi ketetapan bahawa inilah dia “Masyarakat
Islam” itu, maka bagaimanakah pula masyarakat itu boleh tumbuh dan
bagaimanakah pula program pertumbuhannya?
Petunjuk Sepanjang

Sesungguhnya masyarakat itu tidak akan dapat tegak kecuali bila timbul satu
perkumpulan (jamaah) manusia yang mengakui pengabdian diri mereka
sepenuhnya kepada Allah SWT, dan bahawa mereka tidak tunduk dan
merendahkan diri mereka ke peringkat yang sejajar dengan pengabdian itu kepada
sesuatu apa pun yang lain daripada Allah SWT di dalam perkara iktikad, gambaran
hidup dan lambang-lambang keagamaan, tidak tunduk dan merendahkan diri
kepada yang lain daripada Allah di dalam urusan peraturan hidup dan
perundangan kemudian mereka bertindak untuk menyusun hidup mereka dengan
dasar dan asas pengabdian diri dan ketundukan yang sejati, dengan cara
membersihkan hati dan nadi mereka dari sebarang keyakinan dan kepercayaan
kepada Tuhan yang lain daripada Allah SWT, baik bersama-sama dengan Allah
sebagai rakan sekutunya mahupun bersendirian sebagai lawan Allah; di samping
membersihkan segala lambangnya daripada bertumpu kepada yang lain daripada
Allah serta membersih dan membebaskan peraturan dan undang-undang hidup
mereka daripada sebarang sumber pengambilan yang lain daripada Allah.(dikutip dari kitab PETUNJUK
SEPANJANG JALAN karya sayid qutb)

You Might Also Like

0 comments